Sunday, September 29, 2013

Jualan T-shirt GKLN !







PERHATIAN: Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi A. Fadhlil di
1) FB: AHMAD FADHLIL / FAHD RAZY
2) EMEL: fahd_razy@yahoo.co.uk
3) SMS: 0172734065 

  Corak depan dan belakang T-shirt GKLN
 T-shirt hitam lengan pendek (harga RM33 / harga ahli RM31)
Kos pos RM7 (harga ahli RM5)



 Baju muslimah GKLN (harga RM44 / harga ahli RM42)
Kos pos RM7 (harga ahli RM5)




 Baju lengan panjang hitam GKLN (harga RM 35 / harga ahli RM31)
Kos pos RM7 (harga ahli RM5) 
Catatan: Lengan berwarna kelabu, bukan hitam seperti gambar ini



Saiz baju GKLN

Baju lengan pendek

 T-shirt Muslimah

 Gambar belakang T-shirt Muslimah

 T-shirt lengan panjang


JUALAN BUKU 2013!


PERHATIAN: Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi A. Fadhlil di
1) FB: AHMAD FADHLIL / FAHD RAZY
2) EMEL: fahd_razy@yahoo.co.uk
3) SMS: 0172734065

Senarai Harga Jualan
1) Antologi puisi sayembara 'Lebuh Kehidupan'   - RM20
2) Antologi cerpen dan puisi 'Vitae' Libellus' - RM20
3) Kumpulan cerpen 'Soya Ais Peneram Madu' - RM20 (STOK TERHAD)
4) Kumpulan cerpen 'Hujan Hujung Januari' - RM20 (STOK TERHAD)
*Kos pos untuk satu naskhah RM3

Senarai Harga Jualan untuk Ahli Tetap

1) Antologi puisi sayembara 'Lebuh Kehidupan'   - RM17
2) Antologi cerpen dan puisi 'Vitae' Libellus' - RM17
3) Kumpulan cerpen 'Soya Ais Peneram Madu' - RM17 (STOK TERHAD)
4) Kumpulan cerpen 'Hujan Hujung Januari' - RM17 (STOK TERHAD)
*Kos pos untuk satu naskhah RM2

Harga Pakej

PAKEJ A :  2 naskhah dari judul berbeza 
Harga jualan: RM35 + Kos pos RM4
Harga jualan Ahli Tetap: RM30 + Kos pos RM2

PAKEJ B : 4 naskhah dari mana-mana judul (termasuk judul yang sama)
Harga jualan: RM65 + Kos pos RM7
Harga jualan Ahli Tetap: RM55+ Kos pos RM5

***Bakal terbit (boleh dibeli dengan GKLN):
1)Antologi cerpen penulis-penulis GKLN : Izrail Sibuk di Gaza (terbitan ITBM)
2)Antolog puisi penulis-penulis GKLN : Kota Tulip (terbitan ITBM)
3)Kumpulan puisi Fahd Razy : Ikan Dalam Jiwa (terbitan ITBM)
(nantikan maklumat lanjut membeli naskhah ini sedikit masa lagi)

Turut menjual (Penghabisan stok, <10 naskhah saja tinggal)
1) Antologi puisi 'Dandelion' - Harga RM20 termasuk pos (Harga ahli RM17)
2) Antologi cerpen 'Trem ke Pintu Syurga' - Harga RM20 termasuk pos (Harga ahli RM17)
3) Antologi cerpen dan puisi Palestin 'Aku Kalis Peluru' - Harga RM20 termasuk pos (Harga ahli RM17)

MENGENAI BUKU-BUKU JUALAN




Klik di sini untuk maklumat lanjut

Judul: Lebuh Kehidupan
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Faisal Mat Zawi, Munirah Jamaludin, Shafiq Said, Shahkang
Halaman: 115
Penerbit: GKLN Publishing House (dengan kerjasama IPEM, Kelab Penulisan Irbid, Kolej MARA Seremban, dan LUMSOC)
Harga: RM20 (Harga ahli tetap: RM17)

Klik di sini untuk maklumat lanjut
Judul: Vitae' Libellus
Genre: Antologi cerpen dan puisi
Penyelenggara: Arisman Wenge, Nurayunie Abd Halim, Waazalimah Wahid, Nurul Insyira, Amir Farid
Ilustrasi kulit: Arisman Wenge
Halaman: 137
Penerbit: GKLN Publishing House dan IPEM
ISBN: 978-967-10786-5-5
Tahun: 2013
Harga: RM20 (Harga ahli: RM17)


Klik di sini untuk maklumat lanjut
Penulis: Shahkang
Genre: Kumplan cerpen
Harga: RM 20.00 (Harga ahli RM17)
ISBN: 9789830689760
Tahun terbit: 2012
Jumlah muka surat: 142

Klik di sini untuk maklumat lanjut
Penulis: Rebecca Ilham (Hazwani Rameli)
Genre: Kumpulan cerpen

Harga: RM 20.00 (Harga ahli RM17)
ISBN: 9789674300593
Tahun terbit: 2013
Jumlah muka surat: 147





Puisi Shafiq Said di Mingguan Malaysia 29 September 2013


Thursday, September 19, 2013

Cerpen dan puisi Muzaf Ahmad di Tunas Cipta September 2013


Bengkel Penulisan GKLN-KMB-KMS Siri 4


1) Bengkel penulisan GKLN-KMS-KMB siri ke 4 bakal berlangsung 4-6 Oktober 2013 di Sukida Resort, Semenyih.
2) Terbuka kepada semua ahli GKLN, pelajar persediaan ke luar negara, dan mereka yang sedang menuntut di luar negara
3) Yuran penyertaan RM30
4) Setiap peserta dikehendaki menghantar sekurangnya 1 puisi ATAU cerpen kepada urusetia seminggu sebelum tarikh bengkel.
5) Antara aktiviti termasuk bimbingan penulisan cerpen, puisi, dan novel, sesi bersama novelis, sastera dan islam, sastera dan sains, serta persembahan selain bengkel bedah karya dan LDK.
6) Maklumat lanjut hubungi ainnabilahmohamed[at]yahoo[dot]com ATAU fahd_razy[at]yahoo[dot]co[dot]uk atau FB: Ahmad Fadhlil atau Shahkang Aizat atau Ain Nabilah atau boleh SMS 0172734065 (fadhlil)
7) Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja.

Iwan Ghazali dalam utusan Malaysia 19 September 2013


Monday, September 9, 2013

Bakat Menulis Digilap Dari Sekolah - Ridzuan Mohd Ghazali "Iwan Reaz"

Petikan dari laman web Bernama
( http://www.bernama.com.my/bernama/v7/bm/fe/newsfeatures.php?id=976178 ) 
Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Anak muda ini bukan calang-calang orangnya. Dia pelajar pintar, memperoleh 9A dan 10A, masing-masing dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Walaupun dari aliran sains dan minat matematik, dia meminati bidang penulisan. Bakat ini bagai permata yang digilap, semakin terserlah apabila dia berjaya menghasilkan lima buah novel remaja setakat ini.

Melodi Hati, Hazim, Aizat & Muzik, Brrr... Sejuknya Salji!, Diari Untuk Ibu dan Goodbye New York. Ini adalah tajuk-tajuk novel yang dihasilkan dalam tempoh empat tahun bermula 2009 hingga 2012.

Anak muda yang dimaksudkan ialah Ridzuan Mohd Ghazali yang menggunakan nama pena, Iwan Reaz dan Iwan Ghazali untuk novel yang dihasilkan sebelum ini.

MINAT MENULIS

Berusia awal 20-an, anak jati negeri Selangor Darul Ehsan ini mengasah bakat menulis sejak tingkatan dua. Ketika itu dia belajar di Sekolah Agama Hulu Langat, Batu 10, Cheras.

"Saya selalu fikir apa nak buat selepas peperiksaan akhir sekolah. Biasanya bila habis periksa akhir penggal, pergi sekolah dah tak ada apa nak buat.

"Saya nak buat sesuatu yang bermanfaat. Dari situlah saya terfikir nak tulis novel," katanya.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik ini, dia bukan penggemar novel meskipun mempunyai koleksi tersendiri.

Menurut Ridzuan, beliau lebih suka membaca komik remaja dan untuk novel beliau lebih gemar yang berbentuk penyiasatan.

Semasa di tingkatan tiga, beliau kerap menyertai pertandingan menulis esei dan sekurang-kurangnya pasti mendapat tempat ketiga.

Ridzuan sememangnya suka berimaginasi dan kebanyakan ilham datang selepas membaca novel atau menonton filem dan dia akan mengumpulkan babak imaginasi itu di dalam komputer.

NOVEL SULUNG

Untuk novel pertamanya, dia mula serius menulis semasa semester akhir di Kolej INTI, Nilai sewaktu mengikuti American Degree Transfer Programme.

"Dalam tempoh empat bulan itu saya hanya mengambil dua subjek. Banyak masa lapang dan saya beri tumpuan untuk menyiapkan novel itu.

"Saya ada tiga bulan masa kosong sebelum ke luar negara dan alhamdulillah saya menyiapkan novel pertama saya dalam tempoh sebulan sahaja," kata Ridzuan.

Apabila manuskrip novel itu siap, Ridzuan berdepan pula dengan persoalan siapa yang boleh menerbitkannya.

"Sebagai orang baru dalam bidang penulisan, saya tak tahu macam mana nak terbitkan. Saya tanya jiran-jiran yang terbabit dalam multi-media. Mereka suruh saya ke kedai buku dan semak nama-nama penerbit," katanya.

Untuk novel pertama ini, Ridzuan cuba membuat kelainan dengan menyertakan CD lagu di mana lirik serta melodi ditulisnya sendiri.

Penulis muda ini berada di Amerika Syarikat bila novel sulungnya "Melodi Hati" diterbitkan oleh Telaga Biru tetapi tanpa disertakan dengan CD lagu.

Ridzuan berkata, beliau hanya memberitahu ibu bapanya mengenai novel yang ditulisnya itu apabila manuskripnya diluluskan.

"Saya tak beritahu dari awal sebab bimbang ia tak menjadi. Meskipun mereka terkejut tetapi mereka tidak menghalang saya menulis. Malah emak membantu saya membaca manuskrip saya sebelum saya kemukakan kepada penerbit.

"Kawan sebilik saya di INTI pun terkejut bila novel saya diterbitkan. Dia tanya bila saya menulis," cerita Ridzuan yang kini berkhidmat sebagai eksekutif latihan dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

TEMA KELUARGA

Hubungan kekeluargaan serta hubungan adik-beradik adalah tema pilihan Ridzuan untuk novel-novelnya.

Sebagai contoh, novel pertamanya, Melodi Hati memaparkan hubungan abang (Iwan) dan adik (Syahmi) yang berdepan dengan banyak konflik setelah kematian ibu bapa mereka. Ia termasuk cabaran Iwan membesarkan adiknya, Syahmi dalam dia meneruskan kerjayanya sebagai penggubah lagu dan penulis lirik.

Begitu juga novel kedua 'Hazim, Aizat & Musik yang berkisar mengenai kehidupan dua beradik Hazim dan Aizat. Hazim memikul tanggungjawab membesarkan adiknya setelah kehilangan ibu bapa mereka.

Hubungan kedua-dua beradik ini menjadi renggang dan tegang apabila Hazim ke luar negara untuk menyambung pelajaran tanpa berbincang dengan Aizat.

Menurut penulis muda ini, beliau cenderung menggunakan tema itu memandangkan generasi muda sekarang lebih mengutamakan kawan-kawan serta kerjaya mereka.

"Akibatnya keluarga terabai. Saya ingin melihat generasi muda khususnya yang masih bersekolah supaya dapat mengubah minda bahawa institusi keluarga itu adalah penting.

"Saya ingin mendidik generasi muda mengenai hal ini menerusi tulisan novel yang saya hasilkan supaya mereka lebih berakhlak. Sekarang ini pun kita risau dengan isu keruntuhan moral dalam kalangan anak muda," kata Ridzuan.

PENTINGKAN NILAI

Setelah menghasilkan lima novel, Ridzuan sedang dalam proses menghasilkan beberapa buah novel lagi.

Beliau kini sibuk menyiapkan novel misteri "Subway" di samping menyiapkan kertas cadangan novel remaja "Mr. Novelist".

Bagi penulis muda ini, dalam apa jua keadaan dia lebih mementingkan nilai yang hendak diterapkan dalam memilih tema novel.

"Saya pentingkan kebaikan. Kalau saya tulis yang baik, ia adalah tiket untuk saya ke syurga. Sebaliknya jika saya menulis yang tak baik dan orang baca serta amalkan, saham yang tak baik itu akan dapat pada kita juga.

"Ini cara saya berdakwah iaitu menyebarkan kebaikan menerusi penulisan," tambahnya.

Ridzuan turut memberitahu bahawa novel berikutnya bertemakan percintaan tetapi cinta Islami, berlandaskan hukum Islam.

Dia juga berminat untuk menerbitkan komik dengan bantuan sepupunya yang boleh melukis komik.

"Kami akan bekerjasama dan berharap komik ini berjaya diterbitkan. Sasaran kami ialah untuk ia dipasarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa tahun depan," kata Ridzuan.

CABARAN MENULIS

Menulis novel sesungguhnya memerlukan komitmen serta disiplin diri yang kuat seperti yang dikongsi Ridzuan dengan penulis.

Dia menyifatkan idea untuk menulis sebagai air laut.

"Kalau idea mencurah-curah, satu hari boleh siap dua bab. Ada masa nak dapat satu muka pun susah," kata Ridzuan.

Dia berdepan dengan cabaran itu apabila menulis novel keduanya, 'Hazim, Aizat & Muzik'.

"Ketika pelajar lain pergi bercuti semasa cuti semester, saya pula perlu menulis novel saya.

"Lepas itu saya mula bijak mengatur masa. Selepas solat maghrib saya akan menulis sekurang-kurangnya sejam," katanya.

Ridzuan mengakui dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan novel keduanya kerana waktu itu dia baru memulakan pengajian dalam bidang Ijazah Pentadbiran Perniagaan, pengkhususan Sains Aktuari (Actuarial Science) di Amerika Syarikat.

Novel keduanya itu diterbitkan oleh Galeri Ilmu di bawah nama pena Iwan Ghazali.

Ridzuan memberitahu novel-novelnya yang telah diterbitkan setakat ini boleh dibeli antaranya di kedai buku Popular, MPH dan Badan Bookstore.

Novel berkenaan juga boleh dibeli dalam talian (online) melalui laman web penerbit).

GEMAR RAKAM VIDEO

Satu lagi kegemaran Ridzuan ialah merakam video. Ia bermula sewaktu di tingkatan tiga apabila dia dipilih untuk menjadi pelakon tambahan untuk satu telemovie bertajuk "See You di IPT" yang penggambarannya dibuat di sekolah agama tempat beliau belajar.

"Bermula daripada situ datang minat untuk berlakon dan menjadi pengarah. Bukan untuk menjadikannya satu kerjaya tetapi untuk kepuasan diri sendiri.

"Bila saya cuba bermain dengan video saya rasa seronok. Saya rasa macam ada satu kemahiran yang saya boleh gilap lagi," kata Ridzuan dengan menambah dia banyak menghasilkan video sewaktu di sekolah dan ketika belajar selama tiga tahun di Temple Universiti, Philadelphia, Amerika Syarikat.

Bagi Ridzuan, pengalaman belajar selama tiga tahun di Amerika Syarikat masih menggamit kenangan.

Berpisah daripada keluarga buat pertama kali banyak mengajarnya erti berdikari dan meskipun di bumi yang serba asing, dia masih berpegang teguh kepada ajaran Islam.

"Kalau hendak diikutkan berparti hujung minggu itu biasa tetapi saya berada dalam kelompok yang masih dekat kepada Islam.

"Dari segi belajar, kami bercampur dengan masyarakat tetapi untuk kehidupan seharian, kami lebih dekat dengan komuniti sendiri.

"Alhamdulillah saya tidak terpengaruh dengan cara hidup Barat," kata Ridzuan.

Antara pengalaman manis di Amerika Syarikat bagi anak muda ini ialah meraikan Aidil Fitri di perantauan.

"Pada 2009 saya beraya di Philly (sebutan lazim untuk Philadelphia). Tahun berikutnya kami ke New York, menyambut hari raya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami semua berpakaian baju Melayu, suasana meriah sekali," Ridzuan memberitahu penulis.

-- BERNAMA

Monday, September 2, 2013

T-shirt GKLN - terbuka untuk tempahan.

Design T-shirt GKLN


Cadangan harga: 
Lengan pendek: RM 33
Lengan panjang: RM 35
Baju Muslimah: RM 44