Paperback, 98 pages
Published
2013
by Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
ISBN 9789674303
Malay
(Boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang menjual naskhah terbitan ITBM atau hubungi Ahmad Fadhlil melalui facebook / SMS: 017 2734065)
(Boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang menjual naskhah terbitan ITBM atau hubungi Ahmad Fadhlil melalui facebook / SMS: 017 2734065)
Kumpulan puisi 'Ikan
Dalam Jiwa' menghimpunkan 51 buah puisi-puisi terpilih Fahd Razy dari
tahu 2005-2012. Sebahagian puisi-puisi tersebut pernah memenangi
pelbagai Sayembara dan Hadiah Sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana
Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Berunsur Islam
dan sebagainya.
Aku dan kolam adalah renungan
aku dan air adalah kehidupan
aku dan ikan adalah perjalanan
aku dan arus adalah kerumitan
aku dan dermaga adalah kerumitan
aku dan Kau adalah kepasrahan
dari langit merenyai kejadian
tetap aku- cuma setitis kewujudan
dari Maha Cinta-Mu yang mengufukkan lautan
(Petikan puisi 'Ikan dalam Jiwa II')
Pengucapan Fahd Razy yang sebelumnya peka kepada sejarah dan makna kompetensi yang seru kini melihat diri yang berjuang di alam lain, dan menemukan makna kewujudan dirinya selaku makhluk Ilahi
- Sasterawan Negara Dato Dr Ahmad Kamal Abdullah (KEMALA)-
(petikan dari akhbar Utusan Malaysia)
Tahniah, saya ucapkan. Insya-Allah, akan saya cari nanti. Teruja nak baca.
ReplyDelete