Friday, August 2, 2013

KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI EROPAH-US 2013

KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI EROPAH-US 2013

Berikut diumumkan senarai pemenang bagi Sayembara Puisi bagi zon EROPAH-US 2013. Semua karya akan dimuatkan dalam antologi GKLN 2013

PERTAMA
Tajuk: Hari Itu Akan Tiba
Nurul Ashikin Bt Hassan Basri Ashikin Hassan Basri
Tahun Kedua Jurusan Sains Aktuari
University of Waterloo, Canada.

KEDUA
Tajuk: Palestin Kampung Halaman
Syazwan Miswan
Temple University
United States

KETIGA
Tajuk: Melayu
Tengku Muhammad Fauzan Bin Tengku Noor Afandi
Fauzan Afandi
Stevens Institute of Technology

Pemenang saguhati
Tajuk: Gema Takbir di Langit Gaza
Mohamad Suhaimi bin Ramli Suhaimi Ramli
Molecular Bio-Science and Biotechnology,
Rochester Institute of Technology,
New York, USA.

PANEL HAKIM:
Khairil Idham Ismail
Rifhan Rasuli
Amirul Hamudin

LAPORAN HAKIM:
Puisi adalah gabungan mesej, gaya bahasa dan teknik. Dalam gaya bahasa dan teknik itu pula terdapat unsur-unsur sastera yang digunakan untuk menambahkan lagi keindahan puisi tersebut.

Sesetengah penyair begitu asyik dengan mesej yang hendak disampaikan, yang patut dipuji, tetapi dalam masa yang sama kurang berjaya mengimbanginya bersama teknik dan gaya bahasa. Teknik dan gaya bahasa ini diperoleh daripada pengalaman – melalui pembacaan dan juga belajar daripada sajak-sajak yang pernah ditulis sebelum ini.

Dalam sajak ‘Melayu’ dapat dilihat pendekatan bagi menyamakan rima di hujung setiap baris, yang tentunya tidak mudah untuk dilaksanakan. Tahniah diucapkan. Ia boleh menjadi kekuatan tetapi dalam masa yang sama juga kekurangan, kerana sajak bukanlah syair yang memaksa penulisnya menyamakan rima dalam setiap keadaan. Dalam masa-masa tertentu, jika penyajak merasakan akan menemui kejanggalan, tidak salah agar penyamaan rima tersebut diabaikan. Baca bagaimana puisi-puisi Sasterawan Negara Usman Awang yang selalu diselaraskan rimanya, tetapi tidak mengekang satu atau dua baris untuk keluar daripada rima berkenaan jika diperlukan, jika perkara itu membawa kepada kekekokan.

Sajak ‘Hari Itu Akan Tiba’, membawa mesej keadaan rakyat Palestin dan membandingkan kehidupan mereka dengan rakyat di negara lain. Perhatikan:

"Tika anak kecil lain menangis kehilangan mainan,
Anak kecilmu menangis kehilangan tangan.
Tika ibu lain menangis bangga anak menggenggam ijazah,
Ibumu menangis bangga anak gugur sebagai mujahid dan mujahidah."

Rangkap di atas menunjukkan kekuatan tema yang ingin disampaikan, menggunakan rima yang sama bagi setiap perbandingan agar ia dapat ditonjolkan.

Penggunaan ayat ‘engkau tidak pernah merungut’ yang beberapa kali diselitkan di antara baris barangkali juga boleh menjadi kekuatan jika digunakan dengan penuh waspada, sebagaimana ayat ‘Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?’ menjadi penyeri yang menyedapkan dalam surah Ar-Rahman.

Puisi ‘Palestin Kampung Halaman’ pada awalnya menunjukkan kematangan penulis dalam menghurai emosi penyair tentang situasi di negara bergolak itu. Pembukaan ‘Memang benar dunia semakin sakit’ amat menangkap perhatian untuk terus membaca. Namun kualiti di hujung-hujung sajak ini barangkali kelihatan kurang setara dengan pembukaannya. Baris ‘takbir kepada mereka yang berupaya’ kedengaran kurang sekata dengan tiga baris sebelumnya. Sementara rangkap terakhir pula lebih berbentuk doa, yang tidaklah salah, tetapi masih boleh dikarang dengan lebih elegan agar mampu turut dihayati oleh pembaca.

Sesekali terdetik di hati – alangkah bagusnya jika kualiti yang ada pada pembukaan puisi ini dapat dikekalkan sehingga ke hujungnya.

Sajak ‘Gema Takbir di Langit Gaza’. Pertama, pembukaan ‘Alif, ba, ta’ adalah klise yang dibimbangi mengakibatkan pembaca bertukar ke sajak lain selepas membaca dua tiga baris sahaja. Penyair kelihatan begitu menitikberatkan keselarasan rima dalam baris-baris puisinya, yang harus dipuji, tetapi seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, kadangkala ia boleh diabaikan sekiranya kedengaran janggal.

Selain persoalan tema, bahasa, teknik dan unsur sastera, terdapat beberapa perkara lagi yang boleh diperbaiki dalam sajak-sajak yang menyertai sayembara tahun ini.
Pertama: tanda baca. Dalam puisi kontemporari Malaysia, penggunakaan tanda koma (,) di hujung baris jarang berlaku, apatah lagi di hujung hampir setiap baris dalam satu sajak. Disarankan tinggalkan sahaja titik koma tersebut, kerana baris-baris yang terpisah di dalam sajak sudah pun membawa erti ‘berhenti sebentar’ ketika ia dibaca. Penggunaan tanda koma adalah lebih baik disimpan untuk keadaan-keadaan tertentu sahaja. Juga, amat jarang dijumpa penggunaan tanda baca (...) dalam puisi-puisi di Malaysia atau negara-negara lain (setakat yang pernah saya baca).

Kedua: ejaan. Beberapa ejaan kelihatan bukan dalam bahasa Melayu Kamus Dewan, seperti ‘musik’ dan ‘kerna’ yang sebenarnya dalam bahasa Indonesia.

Kesimpulannya, penyertaan ke dalam sayembara puisi seperti ini memberikan ruang yang baik untuk melatih penyair menajamkan puisi-puisi mereka.

Keputusan Sayembara Puisi Timur Tengah 2013

 TAHNIAH..!

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah hakim-hakim berhempas-pulas menghakimi karya-karya peserta, maka kini nama pemenang-pemenang sudah berada di tangan saya. Para pemenang akan mendapat hadiah seperti yang dijanjikan, juga karya para pemenang akan dimuatkan dalam antologi GKLN akan datang.

Pemenang-pemenang sayembara adalah seperti berikut :

Pertama : Bangsa Kita Bukan Pelupa (Muhammad Amir Lutfi Bin Makhtar)
Kedua : Sisi Cinta Sebuah Kota (Sharifah Zahidah Binti Syed Nooh)
Ketiga : Mujahid Tidak Bermujahadah (Mohd Faiz Nazim Bin Baidilleh)


3x Saguhati :

Kekasih Malam (Mohamad Zakir Bin Che Nan)
Catatan Lavender La Nuna (Nour Amal Ina)
Hamparan Kaca (Putera Muhammad Mu'izz)


Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Kepada karya-karya terpilih yang juga akan dimuatkan ke dalam antologi GKLN, akan dimaklumkan selepas ini. Inshaallah.

Selamat berpuasa. Ramadhan Kareem.

Thursday, July 25, 2013

Kata Pembaca tentang 'Soya Ais Peneram Madu'

(Petikan Facebook  Ahmad Hilmi)


Sewaktu di Manchester, saya tetah dihadiahkan sebuah naskhah antologi cerpen berjudul, SOYA AIS PENERAM MADU oleh penulisnya, SHAHKANG atau nama sebenarnya, Norshah Aizat Shuaib (Shahkang Aizat), seorang graduan Kejuruteraan Mekanikal daripada Univ. of Manchester.

Saya terpegun membaca karya Shahkang, yang begitu tinggi nilai sasteranya, begitu berisi pengisahannya, begitu jitu perlambangannya, begitu terperinci garapannya, begitu itu dan begitu ini. Nukilannya layak disusun sebaris dengan hasil kerja mereka yang berlatarkan sastera.

Membaca dan menyelami intipati buku sulung Shahkang ini telah membawa saya jauh mengembara ke berbagai benua dengan iklim berbeza ciptaan beliau berdasarkan pengalaman bertahun-tahun di luar negara serta fakta ilmiah dan geografi serta logistik yang tepat, di samping mesej yang tersirat di sebalik pemilihan perkataan Melayu yang memerlukan saya menggunakan Kamus bagi medalami maksud sesetengahnya.

Syabas Shahkang. Anda juga telah membuktikan, jurusan akademik bukanlah satu jalan yang lurus tanpa simpang dan liku-liku.

Dua novel ahli GKLN yang bakal TERBIT!



 Novel SHAHKANG terbitan GALERI ILMU



Novel AISHAH MADIDIY terbitan JEMARI SENI

Tunas Cipta, Julai 2013. Cerpen AMirul Hamudin


Rekod Pengalaman di Bumi Asing - Iwan Ghazali


DJ Syafiq Zulakifli dalam majalah Fokus SPM


Monday, July 1, 2013

KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI GKLN ASIA-AUSTRALASIA 2013

TAHNIAH! PEMENANG SAYEMBARA PUISI GKLN ZON ASIA-AUSTRALASIA:

Pertama: 
Arkeologi Hayat (Shafiq Abdul Razak Rajan- New Zealand) 

Kedua:
Pawagam (Muzaf Ahmad-Jepun)  

Ketiga:
Sebuah Pilihanraya (Nur Aziza Abd Aziz)
3 Pemenang Saguhati
Sang Musafir (Nurul Solihin-Indonesia)
Soal Perubahan (Nur Akmal Ismail-India)
Kota Angin Memiring (Radhi Arifin-Indonesia)
 
Puisi terpilih:
Sujud (Amirah Saryati-India) 
Tanpa tajuk (Azurin Syazlina)
Pabila Dhuha (Faizah Mat Zahar)
Bangsaku Berubah (Hazirah Omar)
Berhijrah ke Dunia Baru (Izzati Nabilah-Indonesia)
Perantau Sementara (Fatin Adilah)
Kembara Suci (Syawal Nizam)
Sajak Mikroblog (Shafiq Abdul Razak Rajan-New Zealand) 
Gema yang tak didengari (Aziza Abd Aziz)